Selamat Datang Pelajar Tingkatan 4 Ambilan Ke-2
Selasa, 31 Januari 2012 - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Ambilan Ke-2 telah diadakan di Dewan Bunga Raya dengan lancar. Pihak sekolah mengucapkan selamat datang dan terima kasih yang tidak terhingga di atas komitmen ibubapa/penjaga dan pelajar baru kerana telah membuat persediaan awal dalam pendaftaran ini.
Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran bagi ambilan ke-2 ini telah memenuhi kuota kemasukan pelajar baru sesi persekolahan 2012/2013. Dengan ini, ambilan seterusnya dan rayuan kemasukan ditutup.
Sekian.
Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Ambilan Ke-2 2012
Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Ambilan Ke-2 Sesi Persekolahan 2012/2013 akan diadakan pada hari Selasa, 31 Januari 2012 jam 8.00 - 11.00 pagi di Dewan Bunga Raya, SMVMT. Pelajar baru yang tersenarai dalam Ambilan Ke-2 ini dikehendaki hadir dengan membawa dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi yang boleh dimuat-turun di SINI.
Senarai Pelajar Yang Berjaya
Berikut adalah senarai nama pelajar yang berjaya dalam rayuan kemasukan ke SM Vokasional Melaka Tengah Sesi 2012/2013 Ambilan ke-2. Pihak sekolah mengucapkan tahniah. Sila muat turun dokumen-dokumen yang diperlukan, lengkapkan dan bawa semasa pendaftaran pada 31 Januari 2012.
Klik menu Senarai Pemohon untuk semakan.